Saturday, 22 September 2018

Makanan Pejal Pertama Zehraa (Teknik 4 Days Wait Rule)

Syukur alhamdulillah, 22/9/2018 officially anak Syaza (Zehraa) dah 6 bulan! 😍

4 days wait rule
Gigih bapak dia snap gambar dekat luar demi mencantikkan blog ibu muahahaha
So, maknanya perjalanan-makanan-pejal dah bermula. Syaza sangat teruja. Excited. Tak sabar nak tengok memek muka dia makan hahahaha gelak jahat. Untuk kali pertama, Syaza sediakan Zehraa bubur nasi. Syaza gunakan konsep 4DR dalam perjalanan-makanan-pejal Zehraa. 

"Syaza, 4DR tu apa?"

4DR adalah singkatan kepada 4 days wait rule. Kita perlu kenalkan anak kita dengan makanan secara satu persatu selama 4 hari dan kemudian boleh combine juga satu persatu selama 4 hari. 

Cara ini adalah cara yang diiktiraf dan sangat digalakkan dalam konsep pemberian makanan pejal pada bayi kita. 

"Kenapa kena 4DR?"

Untuk make sure dan pastikan makanan tersebut sesuai dengan anak kita. Kalau tak sesuai tandanya ialah anak kita meragam, cirit birit, berak tak best, taik tak sedap (rasa ke?)

"Wajib guna 4DR?"

Nope. Tak wajib langsung! Terpulang pada cara anda masing-masing sebagai ibu bapa. Syaza suka dan yakin dengan cara ni. Ada beberapa ibu bapa suka untuk mix-kan terus makanan bagi ada rasa walaupun untuk kali pertama permulaan makanan pejal anak mereka. Adakah itu salah? Tidak sama sekali. Apa pun yang kita buat sebagai ibu bapa, syaratnya, buat dengan ilmu. 4DR adalah cara paling terbaik yang digemari ibu bapa. 

"Boleh bagi contoh mudah 4DR?"

Ok, contohnya macam ni, untuk hari pertama Syaza kenalkan kepada Zehraa bubur kosong semata-mata. Dan ini akan diteruskan selama 4 hari seterusnya. Kemudian, selepas 4 hari bubur kosong tu, Syaza akan cuba makanan lain pulak macam brokoli. Teruskan selama 4 hari. Kemudian boleh campurkan pula bubur + brokoli tadi jika anak kita serasi, suka dan sesuai dengan makanan bubur dan brokoli tu based on 4DR tadi.

Hari 1 : Bubur Kosong
Hari 2 : Bubur Kosong
Hari 3 : Bubur Kosong
Hari 4 : Bubur Kosong

Hari 5 : Puree Brokoli
Hari 6 : Puree Brokoli
Hari 7 : Puree Brokoli
Hari 8 : Puree Brokoli

Hari 9 : Puree Bubur + Brokoli
Hari 10 : Puree Bubur + Brokoli
Hari 11 : Puree Bubur + Brokoli
Hari 12 : Puree Bubur + Brokoli

Dan seterusnya.

"Sampai selamanya ke kena guna 4DR ni?"

Nope. Start baby dah nak melantak macam-macam, stop la haha. Biasanya 9 bulan dan ke atas. Tapi kalau anak ada masalah allergi makanan, kena teruskanlah untuk kesihatan anak. Apa pun dapatkan nasihat doktor kanak-kanak jika perlu ya.

Ok, jelas kawan-kawanku? Syaza steam dan blend makanan Zehraa hari ini iaitu bubur kosong tadi dengan menggunakan Mimos Baby Cook! InshaAllah next entry Syaza story mory review guna Mimos Baby Cook ni pulak, ok.

0 comments:

Post a Comment