Monday, 24 September 2018

Kerabu Kerang Simple Sedap


Semalam buah hati kesayangan jantung, suamiku teringin nak makan kerabu kerang. Sebenarnya, kerang tu dah dua minggu dalam peti ais. Sekejap! Jangan salah sangka dulu haha. Bukan tak nak masak, tapi dua minggu dah jadi warga 'nomad' ke sana ke mari. Maklumlah, suami Syaza ni kerja tak tentu tempat ")

Jadi sebagai isteri mithali, yang sebenarnya tak boleh nak berpisah (overly attached), I haruslah ikut membuntuti suami I ke mana sahaja, haha. Maka, disebabkan itu maka tersadailah kerang. Kesian kerang, keras kejung dalam peti tu. Maafkan daku kerang kerana lupa letakkan sweater dalam tupperware kau. 


Hari Ahad, adalah hari ke pasar sedunia bagi kami sekeluarga. Syaza pun list-kan sekali alang-alang nak buat kerabu bahan-bahannya. Alahai simple sangat taw tak bahannya! Awalnya Syaza refer tengok ada yang buat semata-mata kerang. Tapi Syaza rasa macam eh eh takkan kerang semata, macam kelakar je! Haha. So, Syaza buat kerabu kerang taugeh.

kerabu kerang simple
Ada nampak kerang tak? Halluuuuu pulis mana kerang ")

Bahan yang diperlukan
  • Kerang
  • Cili Padi
  • Belacan
  • Udang Kering
  • Bawang Merah
  • Sos Ikan (optional)
  • Limau Nipis / Kasturi (Syaza guna dua-dua)
  • Kacang Botor
  • Taugeh


Cara Buat :
  1. Kalau beli kerang yang belum siap kupas, rebus dulu sekejap. Sekejap jer! Agak dah mendidih, angkat sejukkan lepas tu kopek. Terima kasih group mak-mak, kawan masa U kerana tips ini ^^
  2. Potong kacang botor nipis-nipis dan celurkan bersama taugeh dalam seminit macam tu, then asingkan
  3. Goreng tanpa minyak belacan, udang kering, bawang merah, cili padi dan blend-kan. Kalau rajin sila menumbuk (lagi sedap) ^^
  4. Hiris nipis bawang merah (suruh orang nipis, Syaza pun hiris tebal hahaha)
  5. Gaulkan kerang, bahan blend, kacang botor, taugeh, dan bawang merah yang di hiris tadi
  6. Tuang sedikit sos ikan dan perahan jus limau nipis/kasturi
  7. Gaul bersama
  8. Siap!


Ya Allah senangnya! Alhamdulillah mujur suami puji miahaha tapi beliau kata pedas sikit. But overall he like it. Mudahkan kerja bila suami beritahu nak makan apa hahaha. Betul tak wahai geng surirumah sekalian? ")

0 comments:

Post a Comment