Wednesday, 26 September 2018

Mak dan Kegelapan

Waktu kecil, bila mana gelap, sama ada blackout secara tiba-tiba atau pun terpaksa bergelap dalam rumah, ruang yang paling selesa untuk Syaza dan adik-adik berhimpit adalah di bawah ketiak mak. Waktu ni, kami adik beradik mulalah cari ruang asal dapat cium ketiak mak.


Dulu, abah kerja sampai lewat malam. Jadi, hanya mak tempat nak dapatkan teduhan waktu gelap. Waktu tu, mak umpama hero dan pelindung. Terasa sangat nyaman bila dekat dengan mak. Power sungguh kuasa seorang mak.

Sambil kami adik beradik berpeluk dalam lingkungan mak, mak akan bercerita tentang alam kematian dan alam kubur. 

"Gelap macam ni, takutkan? Macam ni la dalam kubur nanti,"

Percaya atau tidak, cerita mak tu selalu buatkan kami menangis sampai tahap minta ampun atas dosa-dosa dengan mak. Takut dengan mati, lepas dengar cerita mak!

Sekarang, Syaza dah jadi mak. Sungguh, di mata anak, kita sentiasa di lihat sebagai pelindung, hero, superpower dan yang sewaktu dengannya. Walhal, hakikatnya kita saja tahu betapa penakutnya kita pada sesetengah perkara.

Itulah mak. Sentiasa menjadi tempat segalanya bagi seorang anak. Kasih dan sayang mak membuatkan kita sentiasa nyaman dan selesa.

Syaza rindu mak ^^
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment