Friday, 21 September 2018

Cara Set Up Domain di Blogger

Cara Set Up Domain di Blogger

Ok! Dah siap beli domain harga murah dari GoDaddy Malaysia. Guna cara yang Syaza share di sini tak? Kalau guna pasti dapat beli harga murah. 4 hengget jurrr awak, murah ke mahal? 😁

Jadi sekarang mesti tertanya-tanya macam mana nak tukar dan guna domain yang dah di beli tu. Jangan susah hati adik manis, kakak manis. Di sini peranan saya, Syaza untuk kongsikan kepada anda semua cara-cara membuatnya (baca dengan nada Inspektor Sahab dalam citer Keluang Man please!)

Cara Set Up Domain di Blogger

Step 1 : Log In Account GoDaddy dan pergi ke "Domain Manager" > "Manage DMS". Then biarkan dan buka tab baru.

Cara Set Up Domain di Blogger
Pergi kepada All Domain akan keluar view seperti ini

Cara Set Up Domain di Blogger
Klik Manage DMS

Step 2 : Log In Blogger dan pergi pada Setting


Cara Set Up Domain di Blogger
Blogger > Setting 

Klik Set Up Third Party URL for Your Blog

Masukkan Domain


Di bahagian setting, scroll down dan lihat section untuk tambah "Third Party Account". Tambah domain anda di situ. Jangan risau sekiranya ada keluar ayat berwarna merah menyatakan pertukaran tu tak dibenarkan : You are not been able to verify your authority to this domain. Error 9.

Cara Set Up Domain di Blogger
Jangan gelabah bila keluar ayat ni taw

Cara Set Up Domain di Blogger
Take Note dua benda ni akan dimasukkan dalam CName di step seterusnya

Now, perhati, ada disertakan nota yang perlu digunakan di account GoDaddy nanti iaitu www dan kod tertentu mengikut blog anda. 

Step 3 : Pergi balik pada "Manage DMS" tadi dan klik CName @ serta CName Domain

Cara Set Up Domain di Blogger
Masukkan dua benda di step 2 tadi di sini. Belah kanan di bahagian 'name', belah kiri tu di bahagian 'value'

Ganti 'Name' dan 'Value' mengikut nota yang telah di beri di blogger tadi seperti step 2. Masukkan di bahagian CName ini.

Step 4 : Tunggu dalam masa 24 jam dan selepas itu boleh guna, repeat step 2.

Selepas 24 jam, log in balik blogger dan pergi pada setting seperti Step 2, ulang kembali dan dah siap! Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan, feel free untuk hubungi Syaza di 018-768-4817 ya :)


0 comments:

Post a Comment