Saturday, 22 September 2018

Tips Hilang 15 kg Dalam Masa 3 Bulan (Dari size XXXL ke size M) : Part 1

INI BARU PART 1
hilang 15 kg dalam masa 3 bulan

Melihat gambar waktu sebelum kahwin, semasa berkahwin dan selepas bersalin adalah sangat mengharukan! Haha. Waktu di akhir tahun study USM dulu, I AM SO FAT. Fat enough for people to call me 'mak orang'. Ingat lagi, waktu hari raya 2015 if I'm not mistaken, ramai sangat manusia menggelarkan aku 'mak anak 4', 'mak itu, mak ini'.

Adakah aku sedih?

Ya, sedih. Hahaha. But the problem is, aku tak rasa aku gemuk waktu tu haha! Masih perasan kurus. Mungkin sebab aku ni jenis pakai baju besar gila sebab tu tak berapa nak perasan diri sendiri gemuk. Sampailah pada satu waktu, aku rasa mengah dan tak dapat buat banyak benda. Pergerakan terbatas. Yela, orang gemuk biasanya akan susah nak bernafas, mengah, tercungap. Betul tak? Sila jawab jika anda sedang atau pernah gemuk

Dan, ada one time, aku nak try baju kahwin, sendat ok. Dahlah try depan bakal mak mertua dan makcik suami aku. Perasaan? Malu. Haha. Tapi kan, butik pengantin zaman sekarang pun melampau semua nak ketat kalau boleh nak terjojol sana sini. Aku pulak memang jenis tak pakai ketat. Ok the point is now kita nak cerita pasal masalah gemuk tadi, kan? Back to story.

Dipendekkan cerita, aku perlu lakukan sesuatu, tapi serius, aku buat tu atas niat untuk SIHAT. Kerana aku dah sedar, diri aku semakin 'sakit' sejak gemuk. Bukan je sakit fizikal macam mengah semua tu, tapi sakit hati sekali hahahahaha

Aku mulakan misi dengan membaca banyak sumber tentang kurus. Aku baca banyak dan akhirnya aku pilih dua cara iaitu Atkin dan Kevin Zahri sebagai pilihan. Disebabkan aku nak cepat, aku cuba Atkin.

Masuk, group FB semua dan mula misi diet Atkin, tapi tak boleh weh! Aku cuba dan gagal. Kau gila? Atkin tak boleh makan nasi, dan strict sangat-sangat bin sangat. Ugh, I can't. Dan sekali lagi aku berfikir adakah selepas aku kurus dengan atkin nanti, aku akan melantak banyak kembali?


Because, I am really tak boleh untuk FOREVER with atkin. So bye-bye atkin. Akhirnya aku follow cara Kevin Zahri. Dan aku ubah sikit-sikit ikut kesesuaian badan aku di samping aku perbanyak lagi bahan bacaan setiap hari tentang fitness. Kali ni matlamat semakin jelas, aku nak jalankan kehidupan sihat, bukan nak diet!


Means, I want do this forever. (sampailah saat aku mengandung, semua berubah, next entry ok).

So, apa tipsnya? Aku list-kan dekat bawah ok. Oh ya, berat aku asalnya 75 kg, then turun sampai 60 kg. Aku aim untuk berat muscle sama, bukan semata kurus dan geleber sana sini taw. Jadi, siapa yang nak kurus dan dalam masa sama nak body cantik, boleh follow cara aku ok.

6 Tips Hilang 15 kg Dalam Masa 3 Bulan (Dari size XXXL ke size M)

1. No air manis
2. No jajan
3. No fast food
4. Eat clean
5. Makan on-time (especially breakfast)
6. Exercise High Intensity Training (HIIT) seminggu 3-4 kali

Tu je tips-nya! Actually aku nak taip lebih detail lagi tapi aku sambung nanti, ya. 'Cause ianya panjang haha. Aku akan divide mengikut pecahan tips ok. Nampak macam senang kan? 6 je! Tapi, memang senang pun.

Meluap-luap nak cerita kat korang ni hahahaha. Bukan apa, aku yakin dekat luar sana ramai pernah ada masalah gemuk macam aku, kan? Jangan risau, kita geng, tapi dululah! Jom kurus dan sihat sama-sama, nak?

Wait for next entry taw, lebih detail, inshaAllah :)

0 comments:

Post a Comment