Friday, 21 September 2018

Cara Beli Domain Murah Serendah RM 3.99 di GoDaddy

Cara beli domain murah godaddy malaysia

Hi guys! Assalamualaikum. Alhamdulillah, buat je blog baru ni, Syaza terus beli domain di GoDaddy Malaysia. Maklumlah, dah tahu skill dan teknik waktu beli domain vitaminsyaza.com, so terus apply tak banyak cakap dekat blog baru ni, hehe

Cumanya, a bit dissapointed sedikit kerana, waktu beli domain untuk Vitamin Syaza (my blogshop), Syaza belum tahu cara nak beli murah. Beli domain tu pada harga RM 70 macam tu tetapi yang eloknya mujurlah harga tu untuk dua tahun. Mujur, alhamdulillah! jimat duit aku 😂

Syaza beli guna duit untung meniaga taw. Kumpul sikit-sikit. Bajet lari walaupun dengan nilai tu dapat domain tu for 2 years! I target bajet lain haha! So dipendekkan cerita, Syaza tak nak korang ada cerita sedih macam Syaza juga, haha

Jadi, hari ini as first entry, Syaza nak share kepada korang semua, macam mana Cara Nak Beli Domain Murah di GoDaddy.com ni. Serius murah, masyaAllah!

Step 1 : Search di Google "GoDaddy Coupun 2018"

Cara beli domain murah godaddy malaysia

Ikut tahun masing-masing di waktu googling itu. Klik link atas sekali. Actually waktu Syaza nak googling sekali lagi khas nak screenshot dekat korang, masa ni dah hilang word RM 3.99 but still kalau perasan ada word tu di bahagian detail link atas tu (refer gambar)

Step 2 : Masukkan domain yang korang nak


Cara beli domain murah godaddy malaysia

Step 3 : Domain available? Tahniah! Klik "Add to Cart" & Next klik "Continue to Cart"

Cara beli domain murah godaddy malaysia

Step 4 : Untuk semua option, pilih "No Thanks"

Cara beli domain murah godaddy malaysia
Cara beli domain murah godaddy malaysia

Step 5 : Pilih "1 Year"

Cara beli domain murah godaddy malaysia

1 year sebab kalau pilih tahun lebih nanti perlu bayar mahal. Nanti next time bila nak renew masih boleh dapat harga murah taw. 

Step 6 : "Sign Up" account GoDaddy bagi yang belum ada akaun dan boleh terus buat bayaran!

Cara beli domain murah godaddy malaysia

Ok siap. Next entri Syaza akan share cara nak set up kan blogspot kepada domain yang kita dah beli di GoDaddy pada harga murah tadi. Oh ya, siapa dah berjaya beli domain murah dengan bantuan entri pertama Syaza, sudikanlah share dengan Syaza link di bahagian komen entri ni ya :)

Best of luck. Anything ada pertanyaan boleh terus WhatsApp Syaza kat 018-768-4817 ok.
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment